David Teo Dan MIG Pengeluar Filem-Filem 'Sampah' Di Malaysia

Macam mana la rakyat tempatan nak beri sokongan penuh pada filem atau drama yang dihasilkan oleh pengarah dan penerbit tempatan.. Setiap kali hasilkan filem, pergi tengok kat pawagam, filem macam ‘sampah’ saja sering disajikan pada penonton..

Pastu mula la nak bising dakwa rakyat Malaysia tak memberi sokongan pada industri filem tempatan dan lebih suka nak agung-agungkan industri filem Hollywood dan Bollywood saja.. Wei, filem-filem ‘Mat Salleh’ dorang hasilkan satu cerita yang ‘out of box’ tau..

Kadang-kadang, penonton tengok pun tak boleh teka apa yang akan berlaku seterusnya.. Tengok je filem Melayu, ‘Isteri Untuk Dijual’, ‘Jangan Pandang Belakang’ dan filem baru Miss A dapat tahu akan berada di pawagam hasil terbitan penerbit terkenal, David Teo adalah ‘Kipidap! Selamat Hari Jadi’..

Wei, baru baca tajuk ja pun dalam otak dah fikir, apa lagi la ‘filem sampah’ yang David teo nak buat ni??? Watak utama dalam filem itu adalah Raja Report Negara, Abdul Rani Kulup kot.. Dia kan tengah famous sebagai seorang ‘hero’ memperjuangkan isu rakyat..

Filem terbitan David Teo kan lebih kepada suka mengikut trend daripada kualiti.. Dia hasilkan apa saja filem ‘sampah’ asalkan filem itu ikut trend.. Mungkin sekarang tengah trend Rani Kulup, itu yang dihasilkan filem baru tu..

Kebanyakkan filem dihasilkan David Teo hanya fikirkan untung saja.. Kualiti filem macam ‘sampah’.. Pernah tengok filem hasil pengarah filem, Chiu Keng Guan? Filem yang dihasilkan oleh dua orang penggiat seni ini memang berbeza, bagai langit dengan bumi..

Filem terbitan Chiu iaitu ‘The Journey’ dan terbaru ‘Ola Bola’, memang satu filem yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.. Satu filem yang sangat padat dengan isi, tengok saja filem ‘Ola Bola’ hasil kutipan untuk 18 hari sudah mencecah RM12 juta..

Pernah ada filem terbitan David Teo dalam hasil kutipan banyak macam itu?? Minta lepas ni David Teo padam la hasrat nak terbitankan filem-filem ‘sampah’ dia tu di masa akan datang.. Cukup-cukup la merosakkan industri perfileman negara Mr. David Teo oiiii…  Penonton dah pandai nak nilai mana emas dan mana kaca.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2