DAP dan PAN di Kedah tak percayakan Mukhriz

Ramai yang menyangka perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah kerana mendapat undi hilang kepercayaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).

Namun begitu, sangkaan orang ramai itu kurang tepat apabila terdapat Adun pembangkang di negeri itu mengambil langkah berkecuali sekaligus mengurangkan majoriti kepada Mukhriz.

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan pemimpin pembangkang yang mengambil sikap berkecuali itu kerana pemimpin pembangkang sebelum ini lantang bersuara mempertahankan Mukhriz untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Dengan tidak merahsiakan undi mereka terhadap Mukhriz, Adun DAP Kota Darul Aman Teoh Boon Kon mengakui bahawa dirinya serta dua orang lagi pemimpin pembangkang mengambil langkah berkecuali dalam kemelut Menteri Besar di negeri itu.

Menurut Teoh, beliau serta seorang lagi rakan separtinya iaitu Adun DAP Derga, Tan Kok Yew dan seorang lagi rakan sekutunya iatu Adun PAN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi mengambil langkah berkecuali dalam kemelut itu.

Tambah Teoh, mereka bertiga mengambil sikap berkecuali kerana tidak mahu mengkhianati pengundi dan tidak mahu Menteri Besar ditukar kepada pemimpin yang juga dari Umno.

Apa yang dimahukan Teoh adalah, jika mahu menukar Menteri Besar, pastikan ia dari pemimpin pembangkang dan bukannya dari pemimpin parti yang sama iaitu dari Umno sendiri.

Tindakan Adun DAP dan PAN ini jelas menunjukkan mereka mengkhianati rakan sekutu mereka PKR yang menyokong kuat supaya Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Ini juga menunjukkan amaran kepada PKR bahawa DAP bersedia untuk menikam PKR dari belakang memandangkan mereka telah mempunyai ‘adik baharu’ iaitu PAN yang turut sama mengikut jejak DAP untuk mengambil langkah berkecuali.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-5small