Che Ta Dedah Rahsia Hubungan Seksual Dengan Suami

Kadang-kadang pelik juga dengan artis yang suka cari publisiti murahan ni kann.. Punya lah terdesak sampaikan hal dalam kelambu bersama pasangan pun dorang dedahkan pada umum semata-mata nakkan populariti..

Bukan semua artis buat kerja macam ni, tapi itulah rutin kebanyakan dari dorang untuk kekal diingati oleh peminat.. Nak buat macam mana kann, kalau setakat nak harapkan bakat, apa lah sangat yang ada memandangkan selama ni hanya takat jual rupa je beb..

Yang terbaru Abang John baca, kisah Che Ta yang nasihatkan semua couple dalam negara supaya jaga kepuasan batin masing-masing.. Kiranya che ta tu suruh setiap pasangan ambil berat laa dalam hubungan seksual dalam kehidupan rumahtangga..

Tapi.., nasihat tu bukan sekadar nasihat je tau.. Che Ta rupanya nak promotekan jus tenaga yang dia bakal jual nanti.. Kononnya.., itulah rahsia Che Ta puaskan suami dia di ranjang waktu malam hari.. Wahhh.., untung laa si Zain tu kann..

Nama jus tu pulak adalah Jus Goyang Rapat.. Perghhhh.., bukan main lucah lagi namanya ye.., jenuh goyang sampai rapat laaa sapa yang minum jus tu nanti.. Korang jangan pulak bayangkan yang bukan-bukan.., ini untuk kepuasan hubungan batin suami isteri je tauu.. Yang tak kawin lagi jangan gatal lelebih ye..

Yang buat Abang John musykil sikit.., apa kena mengena pulak produk che ta tu dengan kesuburan di usia tua? Bukannya apa.., che ta kata, dia mengandung lepas kawin dengan Zain disebabkan minum air goyang rapat tu lah.. Dua bulan je beb minum terus mujarab… Hebat!!!

Kalau ikut pemahaman Abang John.., ubat kesuburan dengan kepuasan batin jauh bezanya.. Tak tahulah pulak kalau che ta campur kedua-dua sekali dalam satu botol jus dia tu kann..

Tak pun, che ta sebenarnya tak tahu nak bezakan antara fertility dengan sexual satisfaction.. Artis kita ni pun kadang-kadang bukannya cerdik sangat pun.. Harapkan muka cantik je tapi IQ hampeh… Hahahaha… – John Nenen/Utaranews.com

ep2p-5small