Budak Berumur 11 Tahun Maut Di Kolam Takungan Air Di Kampung

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, lemas selepas tergelincir ke sebuah kolam takungan air di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Nur Iman Nashrul Rozi dari Kampung Parit Amir, Yong Peng, dikatakan ke kolam berkenaan bersama rakannya dan tergelincir ke dalam kolam berkenaan berikutan keadaan sekitar kolam itu yang licin selepas hujan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Lazim Abd Rahman, berkata pasukan bomba dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan kecemasan.

Turut serta adalah Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor

“Selepas kira-kira dua jam operasi menyelamat, kami menemui mayat mangsa di tengah kolam berkenaan,” katanya.

ep2p-2