Bola Sepak : Superbest Power Piala FA 2016

Piala FA 2016 atau Superbest Power Piala FA 2016 akan kembali mewarnai saingan bola sepak tempatan bermula 30 Januari 2016 akan datang. Kejohanan kali ini mendapat tajaan daripada syarikat Superbest Power. Juara bertahan musim lalu iaitu pasukan jemputan, Singapore Lions XII tidak akan mempertahankan kejuaraan mereka musim ini. Ini membuka ruang kepada pasukan-pasukan negeri mahupun kelab bersaing merebut kejuaraan musim ini. 

Dalam undian yang telah dijalankan pada 9 Januari 2016, sebanyak 35 pasukan terdiri daripada 12 Pasukan Liga Super 2016, 12 Pasukan Liga Premier 2016 serta 11 Pasukan Liga FAM 2016 akan bersaing merebut kejuaraan Superbest Power Piala FA 2016 musim ini. 24 Pasukan iaitu 12 Pasukan Liga Super 2016 serta 12 Pasukan Liga Premier 2016 layak secara automatik ke Pusingan Kedua manakala baki 8 pasukan ke Pusingan Kedua bakal ditentukan oleh 11 Pasukan Liga FAM 2016. Dalam undian yang telah diadakan, 5 pasukan Liga FAM 2016 layak secara automatik ke Pusingan Kedua iaitu Pahang Shahzan Muda FC, Selangor Air Asia All-Star FC, KL MOF FC, Perak PB Ipoh dan Pulau Pinang Sungai Ara FC. Baki 3 lagi pasukan bakal ditentukan oleh Selangor Megah Murni FC, MISC MIFA, UKM FC, Terengganu PBSNT Hanelang FC, Kuala Lumpur Felcra FC dan Negeri Sembilan Penjara FC dalam saingan Pusingan Pertama. 

Kejohanan kali ini pastinya menarik untuk disaksikan apatah lagi Liga Malaysia 2016 pertama kali akan dijalankan secara penswastaan yang mana membuka ruang dan peluang untuk mendapat lebih banyak penajaan di masa akan datang. Bual Sukan percaya, saingan Superbest Power Piala FA 2016 pastinya bakal diwarnai dengan keputusan di luar dugaan dan tidak mustahil pasukan-pasukan kerdil mampu mengejutkan pasukan-pasukan pilihan pada aksi kali ini.

Berikut adalah keputusan undian Superbest Piala FA 2016 akan datang :

PUSINGAN PERTAMA
30 Januari 2016 (Sabtu)
UKM FC lwn Terengganu PBSNT Hanelang FC (1-1)
(UKM FC menang penentuan sepakan penalti 5-4)

Kuala Lumpur Felcra FC lwn Negeri Sembilan Penjara FC (2-1)

2 Februari 2016 (Selasa)
Selangor Megah Murni FC lwn MISC MIFA (1-0)

PUSINGAN KEDUA
19 Februari 2016 (Jumaat)
UKM FC lwn Kelantan
UiTM FC lwn Johor Darul Ta’zim FC
Kedah lwn Selangor Megah Murni FC
Selangor Air Asia All-Star FC lwn Selangor
Selangor PKNS FC lwn Terengganu
Pahang FC lwn Terengganu PBSNT T-Team
Perlis lwn Kuala Lumpur Felcra FC
KL DRB Hicom FC lwn PDRM FA
KL Sime Darby FC lwn Johor Darul Ta’zim II

20 Februari 2016 (Sabtu)
Perak PB Ipoh lwn KL Felda United FC
Kuala Lumpur lwn Melaka
Perak lwn Sarawak
Kuantan FA lwn Pulau Pinang
Pahang Shahzan Muda FC lwn ATM FA
Pulau Pinang Sungai Ara FC lwn NS Matrix
Sabah lwn KL MOF FC

* Kemaskini pada 8 Februari 2016.

ep2p-5small