Bola Sepak : Keputusan Perlawanan 100PLUS Liga Premier 2016

Sepak mula 100 Plus Liga Premier Malaysia 2016 bermula hari ini 12 Februari 2016. Musim ini bakal menyaksikan saingan Liga Malaysia 2016 dijalankan secara penswastaan. 100 Plus Liga Premier Malaysia 2016 akan melibatkan 12 pasukan di mana 2 pasukan teratas bakal menempah slot pasukan Liga Super 2017 akan datang selain buruan tiket ke pusingan akhir Piala Malaysia 2016. Saingan kali ini pastinya akan berlangsung sengit dengan setiap pasukan membuat perbelanjaan bagi memantapkan pasukan masing-masing dalam saingan kali ini. Antara pasukan yang dilihat berpotensi bersaing merebut kejuaraan musim ini adalah pasukan PKNS FC, Sime Darby FC, Melaka, Perlis, Johor Darul Ta’zim II, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur. Namun saingan pasukan lain seperti ATM FA, UiTM FC, DRB Hicom FC dan Kuantan FA pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Bual Sukan percaya, pasukan yang berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta memberi saingan sengit di gelanggang lawan selain menggunakan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan mampu mencatat keputusan terbaik untuk terus bersaing dalam saingan Liga Premier Malaysia 2016 ini. Selain itu, percaturan formasi, strategi dan taktikal pasukan pastinya akan dirangka secara berkesan oleh barisan kejurulatihan masing-masing menghadapi pasukan-pasukan yang disaingi kali ini. Tidak mustahil, keputusan-keputusan mengejut bakal tercipta dalam musim baru kali ini. Saingan ke kemuncak Liga Premier Malaysia 2016 juga pastinya dramatik serta mendebarkan. 

Berikut adalah Keputusan Perlawanan Liga Premier Malaysia 2016 :

12 Februari 2016 (Jumaat)
Perlis lwn ATM FA (6-1)
Perlis : Obinha Nwaneri, Mohd. Alafi Mahmud, Kayne Vincent (2), Afif Amiruddin, Sadam Hashim
ATM FA : Mohd. Zaironi Yusoff

Sime Darby FC lwn Melaka (2-2)
Sime Darby FC : Frederic Pooda (2)
Melaka : Balsa Bozovic, Nurshamil Abdul Ghani
PKNS FC lwn Kuala Lumpur (0-1)
Kuala Lumpur : Casagrande
Johor Darul Ta’zim II lwn DRB Hicom FC (1-3)
Johor Darul Ta’zim II : Shahril Ishak
DRB Hicom FC (Nazri Kamal, Ivan Babic, Kim Jin-yong
UiTM FC lwn Sabah (4-1)
UiTM FC : Pavel Purishkin (3), Eliel da Cruz 
Sabah : Prince Nnake
Negeri Sembilan lwn Kuantan FA (1-1)
Negeri Sembilan : Andrew Nabbout
Kuantan FA : Shahrul Aizad

15 Februari 2016 (Isnin)
Perlis lwn UiTM FC (0-1)
UiTM FC : Pavel Purishkin
Kuantan FA lwn Sabah (4-1)
Kuantan FA : Dao Bakary (2), Abdul Wafiy Mat Ariff (2)
Sabah : Maxsius Musa
DRB Hicom FC lwn Negeri Sembilan (1-3)
DRB Hicom : Ivan Babic
Negeri Sembilan : Andrew Nabbout, Joel Chianese, Alex Smith 
Kuala Lumpur lwn Johor Darul Ta’zim II (1-0)
Kuala Lumpur : Leo Carioca 
Melaka lwn PKNS FC (2-1)
Melaka : R.Surendran, Nurshamil Abdul Ghani
PKNS FC : Juan Manuel Cobelli

16 Februari 2016 (Selasa)

Sime Darby FC lwn ATM FA (3-0)
Sime Darby FC : Syed Sobri Syed Mohd, Faizal Abdul Aziz, Mateo Roskam

* Kemaskini pada 16 Februari 2016.

ep2p-2