Bola Sepak : Carta Jaringan 100PLUS Liga Premier 2016

Kerancakan saingan Liga Malaysia 2016 kini kembali mewarnai kancah bola sepak negara dengan saingan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2016 bermula hari ini 12 Februari 2016. 12 pasukan bakal bersaing merebut takhta kejuaraan selain 2 slot pasukan teratas ke saingan Liga Super Malaysia 2017 dan slot pasukan ke saingan Pusingan Akhir Piala Malaysia 2016. Dengan musim yang panjang selain jadual yang padat, setiap pasukan pastinya akan berusaha mengekalkan momentum pasukan masing-masing untuk terus bersaing bagi musim 2016 ini dengan sedaya upaya mengelakkan kecederaan pemain-pemain utama selain masalah prestasi pemain import yang telah dilaburkan oleh pasukan masing-masing. Keupayaan pasukan memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta dan menjaringkan gol pastinya amat diharapkan bagi memastikan pasukan mencatatkan keputusan terbaik sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. 
Bual Sukan percaya, keupayaan pemain pasukan meledakkan jaringan selain kemantapan pertahanan mengekang asakan lawan adalah antara elemen penting membaa kejayaan kepada pasukan masing-masing. Saingan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2016 ini pastinya mendebarkan sehingga ke penghujung saingan akan datang. Musim lalu menyaksikan ketajaman penyudah penyerang import berbanding penyerang tempatan di mana kebanyakan mereka muncul selaku penjaring terbanyak pasukan masing-masing. Saingan penjaring terbanyak juga pastinya sengit dengan setiap pemain import terutamanya pemain di posisi penyerang akan berusaha menjaringkan banyak gol bagi membantu pasukan masing-masing selain memburu kasut emas. Namun begitu, keupayaan pemain-pemain tempatan juga pastinya turut ditagih oleh pasukan masing-masing.   

Berikut adalah Kedudukan Carta Jaringan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2016 :

4 Gol
Pavel Purishkin (UiTM FC)

2 Gol
Frederic Pooda (Sime Darby FC)
Andrew Nabbout (Negeri Sembilan)
Dao Bakary (UiTM FC)
Abdul Wafiy Mat Ariff (UiTM FC)
Ivan Babic (DRB Hicom FC)
Nurshamil Abdul Ghani (Melaka)
Kayne Vincent (Perlis)

1 Gol

Mohd. Zaironi Yusoff (ATM FA)
Syed Sobri Syed Mohd (Sime Darby FC)
Faizal Abdul Aziz (Sime Darby FC)
Mateo Roskam (Sime Darby FC)
Juan Manuel Cobelli (PKNS FC)
Shahril Ishak (Johor Darul Ta’zim II)
Joel Chianese (Negeri Sembilan)
Alex Smith (Negeri Sembilan)

Prince Nnake (Sabah)
Maxsius Musa (Sabah)
Eliel da Cruz (UiTM FC)

Shahrul Aizad (Kuantan FA)
Nazri Kamal (DRB Hicom FC)
Kim Jin-yong (DRB Hicom FC)
Balsa Bozovic (Melaka)
R.Surendran (Melaka)

Obinha Nwaneri (Perlis)
Mohd. Alafi Mahmud (Perlis)
Afif Amiruddin (Perlis) 
Sadam Hashim (Perlis)

Casagrande (Kuala Lumpur)

Leo Carioca (Kuala Lumpur) 

* Kemaskini pada 16 Februari 2016.

ep2p-2