Apam kentang

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua… sarapan apa pagi ni agaknya ya… kalau rajin boleh buat apam kentang macam kak rose ni…. boleh terus untuk juadah minum petang pulak. tapi selalunya pepagi hari kak rose  cuma makan oats n nescafe o tanpa gula jer… nanti lepas brisk walk tu toast n susu pulak…. asik ingat makan jer, camner nak buangkan lemak2 tu kan?

 resepi apam kentang ni kak rose copy dari Noor Secubit Garam, mekasih kongsikan ya Noor.

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)

Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.

sedap, lemak2 manis… tambah ada kelapa tu…. tapi kalau lah dapat kelapa yang muda alangkah sedapnya kan..

ep2p-2