Air Kencing Selamatkan Seorang Wanita Tua Daripada Mati

Nak teruskan hidup, seorang wanita tua di Sichuan, China terpaksa minum air kencing sendiri dan makan akar pokok untuk terus hidup..,selepas terperangkap kat dalam telaga selama sembilan hari..

Wang Huanzhen, 63 terpaksa melalui detik cemas itu semasa mencari kayu api di sebuah hutan terpencil di Sichuan bersama suaminya.. Nasib baik lah telaga itu kering kontang.. Kalau tak, tak sampai sehari dia dah mati..

Si suami pun tak perasan yang si isteri dah tergolek masuk dalam perigi itu, terus je balik ke rumah berseorangan.. Selepas si isteri tak balik juga ke rumah, si suami pun bertindak membuat laporan polis..

Masa tahun Tahun Baru Cina, semua orang sibuk sambut perayaan itu tapi satu keluarga wanita itu sibuk mencari wanita itu..,termasuklah pergi cari kat bandar-bandar berdekatan, namun gagal juga..

Bagaimanapun, Huangzhen berjaya diselamatkan pada 10 Februari lalu selepas seorang lelaki kebetulan melalui kawasan itu dan terdengar tangisan wanita itu dalam perigi.. Huanzhen terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mengalami kecederaan di tulang rusuk dan patah kaki kanan..

Huanzhen beritahu yang dia terpaksa minum air kencing sendiri bagi mengelakkan hidrasi, itu lah tips yang dipelajarinya semasa gempa bumi melanda Wenchuan pada tahun 2008.. Terpaksa lah minum noh, walaupun rasa jijik nak minum air kencing sendiri.. Kalau tak, dah lama mati dalam perigi itu.. Huhhu.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2