Aeril Zafrel & Nazim Othman Berlakon Dalam Filem Gay?

Kalau betul filem bertajuk ‘Crytal Soul’ bakal menemui penonton tak lama lagi.. Miss A boleh rasa filem ini akan menjadi kontroversi paling hangat yang akan diperkatakan oleh netizen.. Bukan sebab filem ini menarik atau satu filem hebat..

Tapi, kerana jalan cerita filem ini yang akan menjadi kritikan netizen.. Nak tahu filem ini berkisahkan pasal apa? Dari apa  yang Miss A tahu, filem ini berkisarkan tentang kisah hidup seorang gay.. Pelakon filem ini juga bukanlah pelakon-pelakon sendu, filem ini dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Nazim Othman

Menerusi muatnaik Aeril di laman Instagramnya, pelakon itu telah menunjukkan poster filem terbaru itu.. Dari kapysen yang ditulis, Aeril seperti mempersoalkan pada pengikut laman IGnya sama ada korang semua berani atau tidak nak menonton filem itu..

Wei, tengok poster filem itu pun Miss A rasa dah takut nak tengok.. Memang bikin kontroversi hangatlah bila tengok poster tu.. Dah macam filem Hollwood la pulak!

Dalam industri perfileman tanah air, memang susah nak jumpa pengarah nak buat filem bertemakan hubungan sejenis atau hubungan sonsang ini.. Sebab perkara seperti ini memang adalah satu perkara yang sangat sensitif..

Dulu filem ‘Anu Dalam Botol’ pun dapat kritikan hebat, tak silap Miss A filem itu disiarkan dan tak dapat sambutan hebat.. Tapi, Miss A stalk semula IG milik Aeril, poster itu telah pun dipadam dari akaunnya.. Tak tahu la kenapa.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small