221 Pelajar Malaysia sertai Militan??

Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia berkata pihaknya masih tiada maklumat berhubung 221 pelajar Malaysia yang dibuang di beberapa maahad di Mesir.

Sabtu lalu, akhbar tempatan melaporkan seramai 221 pelajar dikenakan tindakan displin hingga dibuang program pengajian selepas gagal menghadiri kelas.

Berdasarkan kenyataan rasmi Kedutaan Malaysia di Kaherah, isu timbul selepas pendaftaran 138 pelajar pengajian Qiraat termasuk 103 pelajar lepasan Darul Quran Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (Jakim) untuk sesi 2015/2016 di Maahad Qiraat Syubra dan Mansoura ditolak institusi Al-Azhar.

Laporan juga turut menyatakan Mesir khususnya Al- Azhar memantau ketat kemasukan pelajar asing berikutan terdapat unsur militan dan ekstremis di kalangan pelajar. – SinarHarian

ep2p-2