Wan Azizah Utamakan Pendatang Asing bila beri Bas Percuma di Kajang.

Tindakan parti pembangkang memperkenalkan perkhidmatan bas percuma di negeri dibawah pemerintahan mereka bagaikan ‘ayam bertelur riuh sekampung’. Mana tidaknya, bas percuma yang hanya beroperasi sehari sekali ataupun dua kali sehari itu diwar-warkan seolah-olah percuma pada setiap masa.

Selain itu, sikap pembangkang mengembar-gemburkan berita perkhidmatan bas percuma itu seperti mahu memberitahu yang kononnya, mereka begitu dekat dengan hati rakyat berbanding kerajaan yang tidak pernah langsung membantu rakyat!!

Tapi, apa yang menimbulkan persoalan disini, masih berbaloikah perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan oleh pembangkang pada masa kini?? Bukan apa, rakyat di negara ini sudah mewah kerana masing-masing mampu mempunyai kenderaan sendiri dan tidak memerlukan perkhidmatan awam.

Keduanya, perkhidmatan bas antara bandar pada masa kini sering digunakan oleh warga asing berbanding rakyat tempatan. Tak percaya?? Tengok sajalah di semua negeri, hampir kesemua bas awam dipenuhi dengan penumpang-penumpang warga asing.

Oleh itu, Andy merasakan perkhidmatan bas percuma yang diperkenalkan pembangkang, kononnya mahu membantu rakyat yang terseksa dibawah pentadbiran kerajaan dilihat lebih memberi manfaat kepada warga asing.

Dengan ini, adakah pembangkang cuba membantu warga asing berbanding membantu rakyat tempatan, yang kononnya terseksa dan tersepit dibawah pemerintahan kerajaan??

Selain itu, Andy juga merasakan projek perkhidmatan bas percuma ini juga memberi manfaat kepada pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan berlakunya kemasukan ‘bonus’ di dalam poket mereka.

Bagaimana mereka dapat ‘bonus’ dengan projek ini??? Senang saja… Pembangkang perlu berlakon seolah-olah mereka dekat di hati rakyat dengan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma ini.

Mereka akan ‘claim’ kepada kerajaan negeri kononnya sejumlah rakyat ini telah menggunakan perkhidmatan bas percuma ini, namun wang yang diperolehi itu dipercayai bukan terus dibayar kepada pemilik syarikat bas terbabit sebaliknya dimasuk ke dalam poket pemimpin pembangkang.

Jadi, adakah perkhidmatan bas percuma yang dilihat memberi bantuan kepada rakyat ini diperlukan oleh rakyat yang berada di bawah pemerintahan parti pembangkang?? Tepuk dada tanyalah selera. -AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small