Video: Himpunan Bantah TPPA Di Padang Merbok – DBKL

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran kepada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan tersebut.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata pihak penganjur himpunan itu ada bertemu dengan DBKL bagi memohon kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi tujuan itu.