Umno Selangor Bukan Seperti Pembangkang Di Negeri Lain

Umno Selangor bukan seperti pembangkang di negeri lain, yang sering menonjolkan sikap kebudak-budakan dan tidak matang mereka. Umno Selangor juga bukan bekerja untuk mencari kesalahan seperti yang dilakukan pembangkang sekarang ini.

Banyak lagi perkara yang mustahak perlu Umno negeri itu selesaikan daripada membuang masa mencari kesalahan yang dilakukan parti lain. Parti pembangkang sepatutnya malu kerana mereka tidak sepatutnya berperangai seperti kanak-kanak tadika.

Pernah juga Umno Selangor ditanya kenapa tidak aktif menghentam pembangkang seperti yang berlaku di Pulau Pinang, dan kenapa peranan mereka dilihat kurang menyerlah. Menurut Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar parti Umno tiada masa untuk melayan karenah hingusan pembangkang.

Malah menurut Noh, Umno Selangor lebih menumpukan kepada kerja-kerja mengatasi masalah rakyat negeri tersebut. Pihaknya juga sedang berusaha untuk menghasilkan satu pendekatan berbeza terhadap negeri tersebut.

Pendekatan berbeza tersebut perlu dilakukan dengan sebaik mungkin, bagi membuktikan Umno Selangor lebih layak memerintah berbanding pembangkang. Tindakan tersebut juga bagi membuktikan bahawa Umno mampu untuk menjadi lebih baik.

Janji-janji yang ditaburkan Umno bukanlah hanya tinggal janji seperti yang dilakukan pembangkang. Tetapi Umno akan membuktikan bahawa mereka adalah satu parti yang matang dalam semua aspek. Iyela pembangkang cuma tahu mengkritik dan menghentam, sedangkan satu kerja pun tak jalan.

“Sebagai pembangkang, selain kita asyik nak cari salah orang, kita mesti ada misi kita sendiri,

“Kalau asyik nak cari salah, orang pun akan meluat. Jadi kita sekarang ni nak jadi pembangkang yang bersatu. Bukan hanya tahu membangkang dan bukan hanya pembangkang yang suka cari salah,” ujarnya.

Betul tu.. Kalau iye pun ‘pembangkang’ tak kan lah semua perkara atau cadangan yang dibuat oleh Umno korang nak bangkang. Sedangkan korang sendiri tahu perkara tersebut bakal memberi keuntungan kepada rakyat. Kadang-kadang pembangkang ni tak cerdik jugak sebab tu Gomez kata dorang ni tak matang. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small