Umno Kedah desak Najib pecat Mukhriz dari jawatan Menteri Besar

Satu perjumpaan seluruh kepimpinan Umno negeri Kedah berlansung sebentar tadi bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Star, bagi mendesak Menteri Besar Kedah, DS Muhkriz Mahathir meletakkan jawatan beliau.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan kepada media bahawa, Umno Kedah kini sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz yang didakwa gagal dalam menyatupadukan UMNO negeri.

Mukhriz juga didakwa langsung tak membuat sebarang perancangan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 dan gagal menggerakkan jentera parti di negeri tersebut.

Yang paling utama menurut Ahmad Bashah, Mukhriz gagal dalam mengurus tadbir negeri Kedah secara berkesan selepas beliau dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Dengan itu, seluruh kepimpinan Umno Kedah mahu Perdana Menteri segera melakukan perubahan pentadbiran di negeri Kedah bagi mengelakkan perpecahan berlaku dengan lebih serius. – Utaranews.com

ep2p-2