Tamat Perkhidmatan KontrakPenjawat Awam Mainan Kotor Pembangkang

Semalam kecoh dengan viral, yang perkhidmatan kontrak penjawat awam akan ditamatkan hujung tahun ini, kononnya kerajaan tidak lagi mempunyai dana untuk membayar gaji kakitangan-kakitangan ini.

Perkara ini dipercayai dibuat oleh pihak pembangkang bagi menakut-nakutkan pekerja kontrak penjawat awam, malah mahu memburukkan imej kerajaan kononnya sudah kehabisan dana ekoran berjaya melangsaikan hutang 1Malaysian Deveploment Berhad (1MDB).

Begitulah sikap pembangkang yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan kononnya mendakwa, negara hampir bankrap dan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pekerja kakitangan awam.

Jika benar kerajaan hampir bankrap dan tiada dana ekoran melunaskan hutang-hutang pemimpin negara terdahulu, sudah pasti kerajaan akan menghentikan bantuan yang selama ini disalurkan kepada rakyat.

Ini jelas membuktikan yang pembangkang sengaja menjadikan isu ini sebagai mainan mereka bagi menakutkan rakyat, dan mahu menguasai kerajaan dengan cara kotor!!

Demi mengelak ketakutan kepada pekerja kontrak penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa tampil memaklumkan perkara ini adalah palsu dan fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej kerajaan.

“Berita itu adalah palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti,” kata Ali Hamsa.

Oleh demikian, diharap orang ramai tidak mudah percaya dengan berita-berita yang disebarkan melalui laman sosial dan berita yang disebarkan melalui media/blogger pihak pembangkang. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small