Sufi AF2015 Minta Semua Lupakan Isu Liwat Terhadap Beliau

Nama Sufi AF2015 mula menjadi sebutan ramai, bila dia telah membuat pendedahan yang amat mengejutkan tentang tuduhan liwat terhadap bekas bapa tirinya Arif Dollah.. Kes ini turut melibatkan artis dari Indonesia iaitu Tegar..

Kes ini memang mendapat perhatian dari banyak pihak.. Tetapi, Arif telah dibebaskan kerana tak ada bukti yang kukuh dan juga kenyataan dari Tegar yang sering bertukar.. Disebabkan itu, Arif telah bebas dari tuduhan liwat tersebut..

Arif telah meminta Sufi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka padanya.. Sehingga kini, Sufi terus berdiam diri dan tidak mahu memberi sebarang komen tentang isu tersebut.. Baru sahaja mula nak menapak di dalam industri hiburan Malaysia, dah terpalit kontroversi..

Orang ramai mula membuka semula sejarah hitamnya itu.. Nama pun sejarah hitam, kebanyakkan orang yang pernah mengalami sejarah hitam pasti mahu melupakan benda ini.. Sufi berharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi..

“Kalaulah boleh dipadamkan memori hitam itu, dah lama saya lakukannya. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya tanpa mereka tahu perit jerih saya harungi seorang diri. Kini saya adalah Sufi yang baharu. Mohon jasa baik rakan-rakan media sama ada dari sini ataupun Singapura tidak lagi memainkan isu ini.”

“Bantu saya untuk mengembangkan lagi bakat saya menerusi karier yang ada. Tidak kiralah sebagai penyanyi, komposer atau bidang seni lain. Bukannya isu silam dan lampau yang mengaibkan itu,” kata Sufi..

Haa.. Bukan senang nak popular kat Malaysia ni tau Sufi.. Kalau ada sejarah hitam, memang orang lagi suka untuk menjaja.. Mulalah dari bawah, lama-lama pasti orang akan lupakan juga kisah itu..

Cuba tunjukkan kebolehan dan bakat yang ada, buatkan orang kenal anda dengan bakat bukan kisah hitam.. Buat masa ini, orang kenal Sufi memang dari kisah hitam dia tu.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2