Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Lagi???

Hubungan cinta yang terjalin di antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila memang sudah diketahui ramai.. Walaupun, Sharnaaz banyak kali menafikan perkara tersebut kepada media.. Tetapi, dia tak dapat menafikan kebenaran yang terlihat bila setiap kali Sharnaaz memuatnaik gambar bersama Nabila di akaun Instagramnya..

Kedua-dua pasangan ini sering memuatnaik gambar bersama dan ayat-ayat manis seperti orang sedang hangat bercinta.. Tetapi, semalam ada khabar angin bertiup kencang yang mendakwa dua pasangan bercinta ini sudah tidak lagi bersama.. Hah????

Mereka didakwa berpisah bila Sharnaaz secara tiba-tiba memuatnaik satu gambar dengan caption “pergi jahanamlah”.. Memang kasar dan garang kan bunyinya? Sharnaaz memang dah terkenal dengan sikap tegas dan panas barannya itu..

Tak lama selepas itu, pasangan ini masing-masing telah memadam semua gambar mereka berdua di laman sosial.. Kalau dah artis ‘delete’ gambar bersama, memang tanda dorang sudah putus cinta.. Lagi sekali ke Sharnaaz?

Hmm..simpati betul Miss A melihat nasib malang menimpa Sharnaaz dalam percintaan.. Asyik gagal jer dalam percintaan, dah banyak wanita pernah menjadi ex Sharnaaz ni kan? Semoga lepas ni, Sharnaaz akan bertemu jodoh dan kekal sehingga ke jinjang pelamin.. Apapun, sama-sama kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small