Serangan Bom : Nekad Sasar Pos Kawalan Polis

Serangan bom nekad sasar pos kawalan polis di Peshawar, Pakistan meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa. Ledakkan turut mengakibatkan 17 lagi mangsa cedera.

 

Kejadian berlaku pada waktu pagi di pinggir Peshawar, membabitkan laluan menuju ke Afghanistan. Menurut pegawai kerajaan tempatan, penyerang menaiki motosikal, merempuh pos kawalan keselamatan sebelum meledakkan bom.

 

Ketika serangan ketua polis tempatan baru tiba di pos kawalan. Selain pegawai polis dan orang awam, sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak terbunuh.

 

Serangan turut mengakibat beberapa buah kenderaan musnah dan premis perniagaan mengalami kerosakan. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan.



This entry was posted in Jenayah, Luar Negara, Terkini. Bookmark the permalink.