Senarai Peserta MLM 2016 Buatkan Peminat Kecewa?

Rancangan hiburan Mahajara Lawak Mega memang sentiasa di nanti-nantikan setiap tahun.. Sudah lama MLM 2015 melabuhkan tirai..  Masuk tahun 2016, ramai yang tak sabar untuk melihat senarai nama peserta Maharaja Lawak Mega 2016..

Menerusi Facebook Maharaja Lawak Mega, pihak Astro telah mendedahkan senarai nama peserta MLM 2016 yang menggabungkan pelawak lama dan baru.. Tapi, ramai peminat setia MLM agak kecewa lepas tengok senarai peserta MLM 2016, dah kenapa?

Banyak rugutan mula timbul bila dalam senarai peserta yang didedahkan oleh pihak Astro, dah tak ada nama pelawak-pelawak terkenal.. Ada pihak menyifatkan pelawak-pelawak terkenal seperti kumpulan Sepahtu, Jozan, Nabil dan Zero tak masuk MLM 2016 kerana arwah Pak Yus..

Sebelum ini, kumpulan Sepahtu iaitu Jep pernah memaklumkan memang tak akan menyertai MLM yang seterusnya, kerana terlalu banyak kenangan mereka bersama Pak Yus.. Mungkin, kumpulan yang lain tak menyertai MLM 2016 adalah atas sebab yang sama..

Apapun, MLM 2016 ini pastinya akan memberi satu kelainan pada penonton.. Iyerlah, macam mana penyanyi Ezad Lazim pun boleh masuk dalam senarai kumpulan Bos? Tak ke lain betul program lawak tahun ini, dah macam program nyanyian pula Miss A tengok..

Kita tunggu dan lihat sajalah MLM 2016 bermula.. Adakah akan mendapat sambutan atau MLM tahun ini akan hambar.. Duduk depan TV pukul 10 malam, hari jumaat bermula 29 Januari ini tau, di saluran Astro Warna.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2