Remaja Perempuan Umur 13 Tahun Mati Ditembak Rejim Zionis

Seorang remaja perempuan Palestin menjadi mangsa terbaru yang maut ditembak rejim Zionis.

Remaja berusia 13 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba menikam anggota tentera rejim di pintu masuk penempatan di Tebing Barat.

Polis Israel mendakwa remaja berkenaan bertelingkah dengan anggota keluarganya sebelum meninggalkan rumah bersama sebilah pisau.

Seorang jurucakap polis berkata, remaja itu lari dari rumah dengan membawa pisau dengan niat untuk mati namun ibu remaja itu menafikan bahawa berlaku pertelingkahan di rumah seperti yang dilaporkan.

Bapa remaja berkenaan bergegas ke tempat kejadian sejurus ia berlaku, dan dia juga ditahan oleh pihak berkuasa.

Korban terbaharu itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban di hujung senjata tentera Israel sejak empat bulan lalu kini mencecah 147 orang.

Sejumlah 102 daripadanya didakwa sebagai penyerang sementara bakinya maut dalam pertempuran dengan tentera rejim.

ep2p-5small