Rafizi Berangan Nak Jadi Hero Untuk "Selamatkan" Negara Malaysia

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bercita-cita mahu menjadi superhero dan menyelamatkan negara daripada kemusnahan. Kemusnahan tersebut dipercayai berpunca daripada ‘raksasa’ Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Razak. Superhero apa ekkkkk?? Superman? Spiderman?? Atau mungkin Ironman?

Menurut Rafizi, dia nekad untuk mengadakan satu kempen bagi mendesak dan menghalang syarikat  1Malaysian Development Berhad (1MDB), daripada menjual Bandar Malaysia kepada Konsortium Iskandar Malaysia Holding-China Railway Engineering Corp (IWH-CREC).

Angan-angan Rafizi adalah bagi menghalang tindakan tersebut daripada menjadi kenyataan. Macam cerita drama petang-petang pulak, cinta terhalang oleh orang tua.. Hahaha.. Mungkin motif Rafizi dan koncu-koncunya nak berkempen disebabkan dorang nak sangat tengok syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) ini lingkup.

Sebab itu la Rafizi mahu menulis surat kepada Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). Tindakan tersebut bagi menghasut mereka ini agar tidak memberi kebenaran kepada 1MDB untuk meneruskan penjualan tersebut.

“Urusniaga itu ada melibatkan kepentingan keselamatan dan pertahanan negara, kerana ia mempunyai kesan kepada kerja-kerja memindah dan menaiktaraf pangkalan udara di seluruh negara.

“Memandangkan penjualan 60 peratus pegangan 1MDB dalam Bandar Malaysia adalah tertakluk kepada persetujuan Tabung Haji dan KWAP, saya akan mengambil tindakan-tindakan berikut (untuk menghentikan jualan),” katanya.

Tambah Rafizi, dia akan memfailkan usul agar desakan dibuat terhadap Tabung Haji dan KWAP, agar mereka menuntut kembali hak mereka dan bayaran haruslah dibuat serta merta. Apa yang dimaksudkan Rafizi ialah  nilai sebanyak RM1.5 bilion yang dipinjamkan kepada 1MDB.

Rafizi sebenarnya tidak berpuas hati dengan penjelasan 1MDB di mana pemindahan saham kepada IWH-CREC adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang sukuk, iaitu Tabung Haji dan KWAP.

Dia tidak percaya dan tidak dapat menerima hakikat yang 1MDB sudah pun mendapat persetujuan daripada Tabung Haji dan KWAP. Akibat dari itu, Rafizi terus nak jadi superhero kononnya nak selamatkan negara daripada kena jual. Hahahha… Rafizi, Rafizi… Lawak lah hang ni.. – TiraGomez/UtaraNews.com 

ep2p-5small