Politik Anak Mahathir Bakal Berakhir Rabu Ini

Nampaknya krisis politik Kedah bakal menyaksikan kejatuhan pemimpin berkepala batu, Menteri Besar Datuk Seri Paduka Mukhriz Mahathir. Hidup politik anak Mahathir ini dijangka bakal berakhir selewat-lewatnya pada Rabu ini.

Walaupun sebelum ini ramai pihak yang membangkang, namun sekarang 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional (BN), telah mencapai kata sepakat dan terpaksa akur dengan keputusan yang Mukhriz bakal digugurkan.

Kesemua mereka ini juga telah menyuarakan taat setia yang teguh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Malah mereka juga sanggup dan telah bersiap sedia sekiranya dipanggil menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah.

Mereka ini akan menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan dan persetujuan mereka terhadap setiap keputusan yang bakal diumumkan kelak. Tidak kira lah suka atau tidak suka, rakyat Kedah pastinya akan mendapat Menteri Besar yang baharu.

“Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.

“Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah,” petik kenyataan salah seorang sumber.

Sekarang ini mereka sedang mempertimbangkan calon mana yang layak untuk menggantikan tempat Mukhriz. Melalui undi suara, rata-rata mereka bersetuju untuk mengangkat  Timbalan Pengerusi BN dan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengganti Mukhriz.

Pemimpin terbabit dilihat berkebolehan dan yang paling layak untuk menyandang jawatan tersebut. Rakyat juga dinasihatkan supaya menerima hakikat dan pucuk kepimpinan baharu dibawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Bashah.

Bala tentera Mukhriz juga diminta menghentikan usaha memburukan Datuk Seri Ahmad Bashah demi menjaga status kemewahan dan kehebatan Mukhriz. Terima sahaja keputusan yang bakal dibuat, tenyata kem Mukhriz pun masih tidak mampu untuk menghalang perubahan yang bakal dilakukan ini. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small