Pengalaman Sepasang Kekasih Ditangkap Dan Diseksa Oleh Puak Karnibal

Matthew Lovane dan Michelle Clemens berasal dari England. Mereka menghabiskan percutian musim panas dengan pergi melancong ke Papua New Guinea. Namun ternyata mereka silap memilih destinasi percutian. Lokasi yang mereka pergi adalah sebuah pulau dan hutan yang terpencil di negara itu. Mereka tidak tahu yang kawasan itu diduduki oleh puak kanibal.

Mereka mendaki bukit, dan masuk ke hutan. Semasa itulah mereka terserempak dengan puak kanibal.

Menceritakan semula detik ngeri itu, mereka diikat disebatang pokok dan dibogelkan. Terdapat banyak binatang dan haiwan liar termasuk ular, beruang, monyet yang telah mati dikerat-kerat berhampiran mereka. Kedua pasangan itu disebat dan dipukul kerana menjerit.

Entah bagaimana pada sebelah malam, mereka dapat melepaskan diri kerana ikatan tersebut tidak kuat..

Mereka lari semahu-mahunya tanpa mengendahkan keadaan diri mereka yang sedang berbogel, tanpa pakaian dan barang-barang mereka yang lain. Mereka bernasib baik apabila ditemui dan diselamatkan oleh beberapa nelayan pada sebelah pagi..Kedua-duanya masih trauma dengan kejadian itu dan phobia dengan negara Papua New Guinea.

Persoalannya, masih wujud kah kanibal didunia moden ni???

Jawapannya ya, masih terdapat lagi kawasan-kawasan terpencil di dunia di mana suku-suku kaum yang tidak suka akan kehidupan moden tinggal disitu. Mereka bukan sahaja membunuh tetapi memakan apa saja yang boleh diburu untuk dijadikan makanan mereka..

ep2p-2