Pelajar Sekolah Cina Di Ajar Bersikap Perkauman

Memang tidak dinafikan ramai ibubapa pada masa kini mula memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk anak mereka mendapatkan ilmu pengetahuan, dan mahu anak mereka fasih serta mahir dalam bahasa Cina (Mandarin).

Walaupun terdapat berbilang bangsa pada sekolah ini, namun ia amat mengecewakan apabila SJKC ini menampilkan sikap perkauman, dimana guru-guru Cina serta murid Cina mungkin diajar supaya ‘racist’ terhadap bangsa lain.

Sudah banyak kes-kes anti perkauman berlaku di SJKC terhadap guru-guru Melayu/ India serta murid-murid yang bukan berbangsa Cina…. Misalnya bagi seorang guru yang bukan berbangsa Cina, mereka telah diasingkan bilik bersama guru-guru Cina di SJKC.

Selain itu, terdapat juga guru Melayu/India di SJKC diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua untuk tukar ke sekolah lain, kerana mereka tidak mahu sekolah SJKC itu dihuni oleh guru berbangsa lain… Itu baru disebut mengenai guru, belum lagi disentuh mengenai murid-murid Melayu/India di SJKC.

Walaupun SJKC ini jelas mempamerkan sikap racist, Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari tetap mempertahankan kesalahan yang dilakukan sekolah itu dengan mengatakan orang ramai tidak boleh menuding jari dengan hanya menyalahkan SJKC.

Menurut Zairil, jika alasan itu SJKC mempamerkan ‘racist’, sekolah SK juga mempamerkan budaya ‘racist’ apabila mengasingkan murid-murid bukan beragama Islam ketika di bulan puasa.

“Tak sepatutnya menjadikan isu terpencil dalam satu sekolah sebagai satu isu perkauman, sehinggakan institusi sekolah Cina dipersoalkan sama sekali. Insiden ini kalau dibanding dengan insiden-insiden lain di sekolah kebangsaan, seperti kes masa bulan puasa, tidak semestinya bermaksud semua sekolah kebangsaan itu rasis,” kata Zairil.

Barangkali, Zairil ini bodoh atau tengah mabuk ketum semasa mengeluarkan kenyataan mengenai sekolah kebangsaan mengasingkan murid bukan beragama Islam ketika di bulan puasa sebagai racist…Mungkin juga Zairil sedang mengajar anak-anak Melayu supaya tidak berpuasa.

Untuk makluman Zairil, pengasingan itu bagi membantu anak-anak Melayu yang sedang berpuasa ataupun baru berjinak-jinak untuk berpuasa, supaya tidak tergoda apabila melihat rakan-rakan mereka makan diwaktu umat Islam berpuasa.

Jadi, itu bukanlah satu tindakan ‘racist’ yang dipamerkan sekolah kebangsaan berbanding SJKC yang turut mengasing guru-guru di sekolah berkenaan!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small