Parti Amanah Musuh Dengan Siapa Sahaja Yang Bekerjasama Dengan BN

Umur baru tak sampai setahun jagung dah berani tunjuk lagak Parti Amanah Negara (PAN) ni… Siap ‘sound’ rakan sekutu kata siapa bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dia musuh PAN.

“Kita musuh dengan BN. Kita musuh dengan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN,” kata Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Kuat sangat ke PAN ni sampai nak cari ramai musuh??? Bukan apa, dengar kata PAN punya ahli pun boleh kira pakai jari lagi… Lagi ada hati mau isytihar siapa yang bekerjasama dengan BN sebagai musuh utama PAN.

Lagi satu, kalau DAP yang bekerjasama dengan BN macam mana ye??? Al-maklum lah, DAP kan ‘abang long’ kepada PAN dan PKR… Takut nanti bila DAP terdesak untuk bekerjasama dengan BN, Mat Sabu terpaksa buat-buat lupa pula kata-kata dia hari ini macam dia kata ketika berada dalam Pas.

Rasanya, Mat Sabu terlupa kot ayahandanya, Lim Kit Siang asyik meminta untuk bekerjasama dengan BN sejak kebelakangan ini… Bukan BN yang meminta kerjasama, tetapi Kit Siang sendiri yang mahu bekerjasama dengan BN.

Kalau diikutkan dari kata-kata Mat Sabu tu, rasanya DAP sudah boleh dianggap musuh utama PAN kerana mahu bekerjasama dengan BN…. Jadi, adakah Mat Sabu berani menganggap parti abang sendiri sebagai musuh??

Kalau Mat Sabu tak berani nak anggap DAP sebagai musuh kerana mahu bekerjasama dengan BN, rasanya lebih baik Mat Sabu bersara dari dunia politik dan duduk berehat bermain dengan anak cucu di rumah saja…. Setakat sembang saja.. tapi takut nak buat, baik tak payah!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small