Padah! Peragut Dipaksa Makan 48 Biji Pisang

Di Mumbai, India, seorang peragut menerima padah apabila dipaksa makan 48 biji pisang, untuk ‘mengeluarkan’ kembali cincin emas yang ditelannya. Padan muka! Peragut itu ingat kalau dia telan cincin itu, tuan cincin itu tak akan dapat balik cincin itu??

Itu silap! Kejadian itu berlaku di pasar ikan Ghatkopar, Mumbai. Suspek yang dikenali sebagai Gopi R Ghaware, 25 meragut dan melarikan cincin emas seorang wanita.. Beberapa orang awam yang melihat kejadian ragut itu, bertindak mengejar suspek..

Gopi tidak berjaya untuk melepaskan diri, dia ditangkap oleh orang awam.. Polis tiba di tempat kejadian dan terus membawa Gopi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.. Ini gara-gara, cincin emas yang diragut telah ditelan olehnya..

Pihak hospital melakukan x-ray terhadap perut Gopi sebagai bukti jenayah yang dilakukan olehnya.. Pihak polis berusaha untuk mengeluarkan cincin itu, dengan menempah sebakul pisang dan memaksa Gopi untuk makan.. Gopi di paksa untuk memakan pisang tersebut sehingga beliau membuang ‘air besar’.. Hah, itu makannya kalau suka mencuri!

Yela, pisang kan dapat lawaskan perut.. Nanti mudahlah cincin tu nak ‘keluar’.. Pemilik cincin tu bolehlah dapat semula cincin dia. Cuma pemilik cincin tu, kena fikir banyak kalilah sama ada sanggup ke tak, nak pakai cincin tu lagi.. Hehhehehe… – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2