Netizen Berang, Restoran Didakwa Pasang Kamera Dalam Tandas

KUANTAN: Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa berang terhadap tindakan sebuah restoran memasang kamera yang terselindung di dalam tandas.

 

Kejadian berlaku apabila sahabat kepada penguna akaun Ayoh Long telah pergi ke restoran berkenaan dan menyedari wujud sebuah kamera yang dipasang di tandas restoran berkenaan.

 

“Malam tadi member pergi makan di Marina Restoran Tanjung Lumpur Kuantan ..bila masuk tandas terperasan satu objek menyerupai Camera di atas bumbung dalam tandas .Bila di tanya kepada Staff semua tidak menjawab. Hati2 semua” tulis beliau dalam akaun Facebook miliknya.

 

sebanyak 13045 telah berkongsi status ini di laman facebook menunjukkan bantahan terhadap tindakan meletakkan kamera di dalam tandas ini.

 



This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.