Netizen anggap TUHAN tak adil sebab tak hukum Najib di Mekah.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang kini sedang menunaikan Umrah di Mekah telah menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan keyboard warrior yang berkiblatkan pembangkang.

Rombongan Perdana Menteri yang disambut meriah oleh Gabenor Jeddah Putera Mish’al Abd Majid serta Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin, menyebabkan penyokong-penyokong pembangkang di Malaysia kepanasan.

Didalam satu laman sembang yang sememangnya diketahui sebagai lubuk kepada gerombolan macai pembangkang, seorang individu didalam lama tersebut menganggap Tuhan mengamalkan sikap ‘double standart’ kerana membiarkan Najib.

Sambil menganggap bahawa Perdana Menteri mempunyai banyak dosa, individu berkenaan juga mempertikaikan Tuhan yang tidak menurunkan bala kepada Najib.

Perbuatan keyboard warrior yang berlagak hebat seolah-olah hanya dia yang betul ketika dihadapan komputer, jelas menunjukkan bahawa dia sebenarnya sedang mengalami krisis mental yang kronik.

Jika individu berkenaan merupakan seorang Islam, perbuatannya mempertikaikan kerja-kerja Tuhan adalah tergolong dalam perbuatan ‘Syirik Akbar’.., iaitu syirik yang tidak boleh diampunkan. Kita sebagai manusia tak seharusnya mempertikaikan apa juga kekuasaan Tuhan.

Inilah perangai keyboard warrior yang semakin bebal serta tolol ketika ketika melayari internet. Sifat jahil murakkab yang ditunjukkan sangat memalukan malah menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai seorang manusia yang waras. – Big B/Utaranews.com

ep2p-5small