Najib Terima Pujian Dari Dr.Maza

Nilai-nilai kemanusiaan yang ditunjukkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ini wajar dijadikan contoh. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memuji sikap Najib yang melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara di status Facebooknya.

Meski pun secara amnya di dalam dunia politik, dua individu ini dianggap sebagai musuh. Namun persengketaan di dalam politik tidak mengheret mereka bermusuhan dalam dunia realiti. Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, sesuatu perkara itu tidak harus dipandang negatif sepenuh masa. Ada perkara yang baik dilakukan olehnya, maka itu satu sifat terpuji dalam diri beliau.

“Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama Muslim dan insan adalah sifat yang terpuji.

 “Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah.

“Dia lebih tahu hakikat hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua,” tulisnya.

Walaupun Dr Maza tidak menyebut nama individu yang dipujinya itu, tapi jelas pujian tersebut dihadiahkan kepada Najib Razak. Ini kerana bersama ‘posting’ tersebut, turut tertera gambar Najib melawat Hadi Awang di IJN.

‘Posting’ yang dimuatnaik itu mendapat tindak balas yang memberangsangkan dari pengguna laman sosial. Rata-rata netizen turut memuji sikap mulia perdana menteri itu. Tidak sampai satu jam, posting tersebut telah mencecah sehingga 1,000 likes.

Namun begitu, biasalah manusia tidak dapat lari dari kesalahan. Apabila buat perkara yang baik sukar untuk orang terima, tapi bila buat kesalahan walau sebesar zarah sekali pun diungkit sehingga tujuh keturunan. Itulah lumrah manusia yang suka mencari kesalahan orang lain.

Seorang pengguna laman sosial seperti tidak mampu menghadapi kenyataan kebaikan yang dibuat Najib. Dia berkata “Jangan lupa kesalahan mereka buat dengan gambar macam ini, akan lupa segalanya.. salah tetap salah..” tulis salah seorang komentar, Khairulnizam Abd Wahab.

Sedih jugak kan bila buat baik tapi orang taknak terima. Apa yang dorang nampak hanyalah keburukan. Namun walaubagaimanapun, itu urusan mereka dengan Allah, apa yang penting setiap tindakan yang kita ambil haruslah ikhlas dan bukannya hanya mahu menunjuk. Apa yang penting ikhlas kerana Allah… Kalau ada orang tak suka lantak dorang lah. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small