Najib Sebak Terkenangkan Tunku Abdu Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Menitiskan air mata ketika memberi ucapan dalam majlis memperingati Tun Abdul Razak di sini hari ini.

 

Beliau yang tidak dapat menahan sebak masih meneruskan ucapannya dan menyatakan bahawa beliau bangga menjadi anak kepada mantan Perdana Menteri ke-2 itu.

 

“Apa yang saya pasti dan kita setuju bahawa Tun Razak layak bergelar ‘bapa pembangunan’, dia memberikan seluruh hidupnya kepada negara.

 

“Setelah 40 tahun pemergiannya, saya berdiri di depan anda semua dan ingin menyatakan saya bangga menjadi anaknya,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, Tun Abdul Razak merupakan inspirasi kepada Malaysia.

 

“Dia merupakan contoh kepada saya dan inspirasi kepada Malaysia” ujarnya dengan nada sebak.

 

Dalam ucapannya juga, beliau sempat bercerita tentang bapanya yang tidak mahu beliau menceburkan diri dalam bidang politik kerana menganggap beliau seorang yang pendiam.

 

Tambahnya lagi, disebabkan pencapaian Tun Razak membuatkan beliau menceburkan diri dalam bidang politik pada usia yang muda.

 

“Disebabkan contoh yang tunjukkan Tun Razak, membuatkan saya membuat keputusan untuk mengambil haluan yang sama, walaupun sebelum dia menjadi Perdana Menteri” katanya. – SuaraTV



This entry was posted in Terkini, Utama. Bookmark the permalink.