Najib Lawat Presiden PAS di IJN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

 

Sebelumnya Najib dilaporkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi temu janji rawatan susulan selepas pembedahan kecil di tangannya Sabtu lalu.

 

Menurut laporan The Star Online, selepas selesai urusan di HKL, Najib terus ke IJN untuk melawat bekas Pegawai Penerangannya, Datuk Nasir Safar, 61, yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Pulai Sebatang.

 

“Saya dimaklumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga (ada) di IJN dan singgah ziarah beliau. Saya doakan beliau diberi sebaik-baik kesihatan oleh Allah,” tulis Najib di twitter beserta foto beliau bersama Hadi.

 

Lawatan Najib ini merupakan yang kedua kerana pada 2014, Abdul Hadi juga pernah mendapatkan rawatan di IJN susulan masalah pernafasan yang dihadapinya. – SuaraTV



This entry was posted in Terkini, Utama. Bookmark the permalink.