Mukhriz Dah Bersedia Tinggalkan Pejabat Menteri Besar

Dengar kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah bersiap-siap nak keluar dari Pejabat Menteri Besar. Wahhhhh, macam tak sabar-sabar pulak kan nak kena pecat… Hahaaaa! Bukan khabar angin okey tapi realiti dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh Mukhriz.

Mukhriz Mahathir ketika dalam satu ceramahnya lewat malam tadi di Kg Sanglang, Ayer Hitam. Dia memberitahu bahawa keluarganya kini bersiap sedia untuk menghadapi segala bentuk kemungkinan, termasuklah kemungkinan digugurkan dari jawatan Menteri Besar. Keluarga Mukhriz termasuk isterinya, katanya sudah bersiap sedia mengemas barang Mukhriz.

Namun dalam ceramah tersebut Mukhriz berkata semua kelengkapannya telah dikemas rapi, takut kalau-kalau Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkenan untuk menukar kepimpinan negeri Kedah kepada pemimpin yang baru.

“Jadi sebab itu saya kata, bertenang (dan) bersabar, kadang-kadang akan muncul berita-berita yang tidak mengembirakan (serta) yang mengejutkan (sebab) saya pun tak tahu dan sentiasa bersedia.

“(Selepas isu ini berlaku) isteri saya pun dah tanya, dah nak kemas barangkah (dan) saya kata memang dari dulu pun kita kemas dah, anytime ready (sentiasa bersedia) nak pi dah” ujar  Mukhriz di hadapan kira-kira 300 orang penyokongnya.

Sekarang ini kuasa mutlak semuanya terletak di tangan Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Sebarang keputusan mengenai kedudukan Mukhriz terletak di tangan Pemangku Sultan memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang menduduki jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaikan sudah berputus asa, Mukhriz kini hanya mampu untuk menyuruh penyokong-penyokongnya berdoa dan terus tawakal. Sebarang keputusan sama ada suka atau tidak Mukhriz harus terima dengan rela hati.

“Jadi kita (perlu) bertawakal dengan apapun kesudahannya, mungkin cepat atau lambat.

“Saya rasa percaya bahawa kebaikan yang kita perjuangkan itu akan menjadi kenyataan seperti yang kita impi-impikan” ujarnya pula.

Sebelum krisis negeri Kedah berlaku, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah menyuarakan hasrat bahawa, hampir kesemua kepimpinan UMNO Kedah telah menzahirkan rasa hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar.

Oleh yang demikian, kepimpinan UMNO terbabit mendesak supaya Mukhriz digugurkan dari jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Seterusnya memberi laluan kepada pucuk kepimpinan yang baharu. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small