Mee hoon goreng sedap

 mee hoon goreng yang kak rose buat atas permintaan anak yang baru balik selepas habis belajar… buat ni untuk bekpes dengan kawan2nya yang datang dari kl untuk bercuti di Penang ni.. selalu masak untuk kami berdua jer, tapi kali ni kak rose masak sampai dua packet mee hoon… penuh satu kuali beso…. dan bahan2 lain pun kena gandakan penyediaannya… kena blajar matematik pulak.. maklumlah, jarang2 sekali masak banyak2 cam ni kan…

 kak rose copy resepi dari blog Azie, mekasih ya… tapi ada jer bahan yang kak rose tak bubuh, sotong dan udang tu memang sangat allergic buat anak bujang kak rose tu… so gantikan dengan fish cake dan fillet ayam… meh kak rose kongsikan resepi mee hoon goreng sedap nih.

Mee Hoon Goreng SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan: 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos1 biji bawang besar – dihiris1 mangkuk sotong atau udang (kak rose gantikan dengan fillet ayam)1 mangkuk karot – hiris memanjang1 mangkuk kubis3 sudu besar cili kisar3 sudu besar sos tiram3 sudu besar kicap lemak manis JalenGaram, gula dan serbuk perasa jika sukaMinyak masak 
Fish cake, tauge n sawi hijau – yg ni kak rose tambah
Bahan Tumbuk:3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 genggam ikan bilis – direndam
Bahan Hiasan:Bawang gorengDaun supCili merah

Cara cara:Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan fish cake, biar mendidih dan ayam masak.
Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan tauge n sawi. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

ep2p-2