Mat Sabu Berangan Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia

Kalau nak tengok pemimpin politik buat lawak, bukan tengok Datuk Seri Ahmad Maslan, tapi tengok Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu… Mat Sabu ni kalau nak buat lawak cukup ‘power’ dari Ahmad Maslan.

Nak tahu Mat Sabu buat lawak apa kali ni??? Mat Sabu buat lawak, rakyat akan hidup senang jika dirinya dipilih menjadi Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Najib… Hahaha.

“Saya menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan, serta berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewangan pemerintah kini.

“Lebih penting, saya bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewangan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja,” kata Mat Sabu.

Gilalah… Rakyat akan hidup senang beb bila Mat Sabu jadi Perdana Menteri… Tapi kan, sapa yang sokong Mat Sabu ‘barua’ DAP ni jadi Perdana Menteri?? Ada ke yang nak dia jadi Perdana Menteri??

Kuat berangan betul Mat Sabu ni… Dari sibuk nak senangkan rakyat bila dah jadi Perdana Menteri, lebih baik Mat Sabu buktikan terlebih dahulu sebelum jadi perdana menteri yang Mat Sabu mahu menyenangkan rakyat… Jangan nak gila kuasa je… Hahaha.

Lagi satu, ada hati Mat Sabu nak sailang parti ‘abang long’ dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), untuk lantik diri jadi Perdana Menteri… Mat Sabu tak tahu ke ‘Big Brother’, Lim Guan Eng dah lama duk mengidam nak jadi Perdana Menteri ni.

Nampak gayanya PH ni macam nak terkubur awal je… Iyelah, tak dan apa lagi Mat Sabu dah mengidam nak jadi Perdana Menteri… Andai kata PH berjaya tawan Putrajaya, maka hancurlah negara disebabkan perebutan antara parti PH untuk menjadi Perdana Menteri… Hahaha. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small