Liverpool Layu Di Anfield, Rooney Kembali Menggegarkan Jaring

Manchester United meraih tiga mata berharga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Liverpool di Anfield, sebentar tadi.

Jaringan tunggal yang disumbangkan Wayne Rooney pada minit ke-78 itu pasti memberi kelegaan berganda buat pengurus Red Devils, Louis van Gaal yang dikatakan menghitung hari untuk dipecat selepas prestasi kurang menyerlah United musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan United kini mengumpul 37 mata selepas 22 perlawanan dan menghuni kedudukan kelima dalam carta liga.

Keputusan itu juga turut menyaksikan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sekali gus berdepan masalah prestasi tidak menentu.

Liverpool yang sekadar seri 3-3 di stadium sama berdepan Arsenal, Khamis lalu terus bergelut untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Liverpool kini mengumpul 31 mata selepas mencatat lapan kemenangan, tujuh seri dan tujuh kekalahan sepanjang musim ini. – Agensi

ep2p-2