Lelaki Melayu Cuba Bunuh Diri Sebab Cinta

Seorang lelaki bertindak untuk membunuh diri dengan terjun ke Sungai Kerian di Ampang Jajar  malam kelmarin.. Tindakan di luar kewarasan lelaki tersebut kerana tertekan akibat putus cinta. Lol, tu jerr pun.. Ingatkan sebab apa…

Namun, tindakan lelaki yang berumur 24 tahun itu gagal selepas dia menyatakan hasrat gila tersebut di dalam perbualan WhatsApp bersama rakan-rakannya..

Disebabkan kenyataan pelik mangsa, rakan-rakan WhatsApp mangsa terus menghubungi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) untuk selamatkan mangsa..

Kejadian dramatis itu berlaku pada sebelah malam.. Mangsa berjaya ditenangkan lebih 20 anggota PSKK, pihak polis dan bomba..

Menurut rakan mangsa, Mohd. Zaihid Yahaya, 24, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut apabila menerima mesej WhatsApp daripada mangsa yang memberitahu dia nak bunuh diri di sungai itu..

Sebab cinta boleh menyebabkan orang jadi gila, sehingga sanggup mengakhiri hidup dengan tindakan bodoh! Cinta separuh mati lah kononnya.. Rasanya lelaki ni masih mentah lagi ni, masih belum dapat berfikir dengan matang..

Dia tak fikir ke bagaimana perasaan keluarga dia, kalau dapat tahu yang dia nak bunuh diri sebab cinta?? Lebih baik korang lebihkan cinta pada Yang Maha Esa dan ibu bapa daripada cintakan orang yang belum tentu lagi ikhlas mencintai korang.. Betul tak?? Baru lah kehidupan akan lebih tenang dan bermakna.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small