Kumpulan Media Sosial Mampu Jejas Imej Anak Mahathir

Masih lagi hangat diperbualkan tentang desakan dari hampir seluruh kepimpinan UMNO negeri Kedah terhadap Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menukar Menteri Besar Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Selagi belum selesai, selagi itulah kumpulan media sosial ‘upahan’ Mukhriz bermati-matian mempertahan kedudukan ‘bos’ mereka dari dilucutkan jawatan. Mungkin pada mereka, Mukhriz gugur di Kedah bermakna mereka hilang tempat cari makan. Mukhriz bagaikan ‘tuhan’ pemberi rezeki bagi mereka?

Penulis tidak kisah sekiranya mereka berbuat demikian. Memang itu kerja mereka. Bagi penulis yang bekerja sendiri di ibu negara ini, penulis serahkan urusan rezeki kepada Allah. Penulis usaha setiap hari dan serahkan pada-Nya untuk memberi rezeki.

Apa yang menggusarkan penulis adalah cara mereka mempertahankan Mukhriz itu mungkin akan menimbulkan kesan negatif terhadap imej anak mantan Perdana Menteri itu. Beliau sebelum ini dilihat sebagai baik budi pekerti, tapi anak-anak buahnya penuh dengan maki hamun dan menyerang parti sendiri tanpa fakta yang kukuh.

Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka menyerang dan memburuk-burukkan imej kepimpinan UMNO Kedah di media sosial. Bukan hanya pemimpin UMNO Kedah, malah pemimpin tertinggi UMNO di pusat pun mereka hentam mengutuk.

Mukhriz pada pandangan penulis adalah seorang yang terpelajar dari kalangan aristokrat yang lahir di atas ’tilam emas bertatahkan berlian’. Walau dididik tidak semewah mana, namun ramai orang tahu tentang kemewahan beliau dan keluarga.

Malangnya, apakah seorang yang terhormat seperti Mukhriz tidak memantau anak-anak buahnya yang cuba mempertahankan kedudukan beliau dengan menyerang pemimpin secara peribadi?

Sebagai contoh, khabarnya mereka menggunakan ‘fake aacount’ untuk menyebarkan imej-imej buruk Timbalan Pengerusi UMNO Kedah yang dilihat mampu memalukannya di media sosial. Ada pula yang pernah menggelar Najib dan Rosmah sebagai ‘tokong’? Itu cara mereka pertahankan Mukhriz?

Ada kalanya, mereka memaki hamun, menyindir, mengutuk dan menjejaskan keperibadian pemimpin UMNO sendiri. Penulis tidak kisah jika mereka menyerang dari sudut dasar dan perjuangan, tapi janganlah disentuh isu peribadi. Itu bukan politik matang dan sikap sebegitu amat memalukan.

Kononnya Najib tidak memberi peluang untuk Mukhriz mengemudi UMNO Kedah hingga ke PRU 14? Mereka marah kerana itu? Jadi, mengapa mereka tidak serang bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir yang secara terbuka bermati-matian mahu menjatuhkan Najib segera? Mengapa tidak tunggu pemilihan UMNO nanti? Seranglah Tun M jika benar-benar bukan ‘upahan’.

Bergaduhlah sepuas-puasnya, berpolitiklah semahu-mahunya. Tapi gunakan cara berhemah dan terhormat. Jangan malukan kreadibiliti diri sendiri. Jika tidak mahu jaga kreadibiliti sendiri, jagalah imej Mukhriz.

Nasihat penulis, jangan nanti orang kata Mukhriz tidak pandai jaga anak buah sendiri. – AmirHamzah/Utaranews.com

ep2p-2