Kuih badak berendam

camner dapat nama kuih ni pun tak tau lah asal usulnya…. adakah sebab rupa bentuknya yang besar dan bulat, berendam dalam kuah santan pekat tu? keratif sungguh orang dulu2 nak bagi nama pada kuih2 tradisional ni kan… tapi kalau bayangkan badak yang tengah berendam dalam selut lumpur, maunya tak lalu lah pulak nak telan kuih ni nanti…. hihi… apa pun bila sesekali buat kuih2 lama ni memang terasa keenakkannya… walaupun besar2 macam badak, satu mangkuk cam ni pun masih nak bertambah lagi!

 resepi kuih ni kak rose amik dari blog Azie, mekasih ya… selalu sangat amik resepi2 dari blog Azie.

Badak BerendamOleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

Bahan Doh:

2 cawan tepung pulut

11/2 cawan perahan air daun pandan

1/2 sudu kecil garam


Cara cara:

Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.



Bahan Inti:

2 cawan kelapa parut muda

1 cawan gula merah

1 helai daun pandan

Gula pasir, jika suka
 
Cara cara:

Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.


Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

 

Bahan Kuah:

2 1/2 cawan santan

2 sudu besar tepung beras

1/2 sudu kecil garam

3 helai daun pandan

Sedikit gula – jika suka (opsyenal)


Cara-cara

Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
 
Cara Penyediaan:

Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan.
 Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah.  

ep2p-2