Komen Eizlan Yusof Tentang Gosip Bekas Isterinya Bersama Zizan Razak

Beberapa hari lepas, media hiburan telah dikejutkan dengan gosip pelawak terkenal Zizan Razak yang dikatakan sedang bermain cinta dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie.. Mahunya tak terkejut, dalam banyak-banyak wanita yang pernah menjadi bekas kekasih Zizan, tak sangka kali ini Zizan telah bercinta dengan seorang janda..

Pengalaman lepas bercinta dengan anak dara, mungkin merasakan mereka tak cukup matang.. Itu yang Zizan mahu mencuba nasib dengan janda yang mungkin lebih matang.. Hahaha..

Ramai yang masih menantikan kenyataan yang akan dikeluarkan Eizlan bila dapat tahu bekas isterinya telah rapat dengan Zizan.. Menurut Eizlan, bekas isterinya itu mempunyai hak untuk memulakan hidup baru.. Takkan dia nak halang bekas isteri bercinta dengan Zizan pulakkan??

Kalau korang ada mengikuti perkembangan Eizlan waktu mereka dalam proses penceraian.. Eizlan ada menyatakan pada media akan cuba memujuk Vie semula, dan akui dirinya masih sayangkan bekas isteri dan rumahtangganya..

Tapi, nak buat macam mana, kalau satu pihak saja sayang dan satu pihak lagi tak sayang.. Buat apa pun tak akan berhasil.. Bak kata pepatah ‘bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi’.. Betul tak??

Miss A memang suka tengok kebahagian Eizlan dan Vie sewaktu mereka masih lagi sah sebagai suami isteri, mereka nampak serasi bersama.. Namun, kebahagian yang dirasai Eizlan nampaknya tak berpanjangan.. Doakan jelah bekas isteri kau bahagia dengan cinta baru Eizlan oiiii.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2