Kit Siang Bikin Kelakar Mahu Jaga Kepentingan Orang Melayu

Kelakar gila beb, bila pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang mengatakan parti cina kiasu itu akan menjaga kepentingan umat Melayu, jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang… Hahaha.

Betul-betul terdesak Kit Siang ni, sampai keluar kenyataan bodoh macam ni…. Ni mesti tak lain tak bukan, mesti takut Pas dan Umno bergabung.. Tu yang keluar ‘umpan’ kononnya DAP akan menjaga kepentingan orang Melayu.

Umat Melayu bukannya ‘bodoh’ nak percaya bulat-bulat ‘umpan’ Kit Siang tu… Hanya umat Melayu buta perut dan tali barut dalam PH je yang percaya kata-kata pemimpin parti cina kiasu tu.

Tengok sajalah negeri dibawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang… Ada ke parti cina kiasu tu jaga kepentingan orang Melayu?? Haram satu pun takda… Yang ada mereka giat mengusir umat Melayu secara halus dengan membina rumah-rumah mewah di negeri itu.

Bukan itu saja, DAP turut mengganggu rezeki nelayan umat Melayu yang bergantung kepada kehidupan laut dengan meluluskan projek tambakan laut, malah meluluskan projek terowong bawah laut yang tidak berfaedah.

Menyentuh dari perniagaan pula, DAP tidak pernah sama sekali berlaku adil terhadap peniaga-peniaga Melayu di negeri itu… Mereka rakus meroboh serta merampas barang peniaga Melayu yang berniaga di tepi jalan.

Kalau peniaga Cina berniaga di tepi jalan, kerajaan negeri hanya memejam mata isu terbabit sehinggakan peniaga Cina di negeri itu naik lemak dengan membuka meja sehingga ke tengah jalan.

Jika kerajaan negeri pun DAP sudah tidak menjaga kepentingan orang Melayu… Adakah DAP akan menjaga kepentingan umat Melayu jika mereka berjaya menawan kerajaan pusat??

Ini sudah pasti mereka tidak akan menjaga kepentingan umat Melayu… Mereka hanya mengumpan umat Melayu untuk mengundi mereka dan bila mereka memperolehi kuasa di negara ini, maka jadilah negara ini seperti Singapore diimana umat Melayu terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2