Kit Siang Bermimpi Mahu tawan Perak Pada PRU14

Nampaknya DAP mahu meluaskan jajahan mereka apabila pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang telah mengumumkan mahu menawan Perak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini, DAP telah mengumumkan mereka mahu mengekalkan Pulau Pinang sebagai kubu DAP dan akan meluaskan jajahan parti Cina kiasu itu di negeri Melaka dan Johor.

“Pakatan Harapan harus segera merangka pelan memenangi semula Perak dan memastikan rakyat negeri itu dinafikan hak buat kali ketiga, untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” kata Kit Siang.

Hairan betul bila DAP dan PH tidak dapat menerima keputusan, bahawa parti pembangkang tidak dipilih rakyat negeri itu untuk membolehkan mereka mentadbir kerajaan negeri apabila sering mempertikaikan keputusan PRU lalu.

Menurut Kit Siang, keputusan PRU lalu telah disabotaj oleh Datuk Seri Najib apabila membeli wakil rakyat Pakatan yang telah menyebabkan mereka tewas untuk menjadi ketua kerajaan negeri Perak.

Benarkah Najib telah ‘sabotaj’ keputusan PRU di Perak?? Jika benar, Kit Siang diminta tampil menunjukkan bukti bahawa Najib telah menggunakan cara kotor bagi mengekalkan Perak milik  BN.

Bila diminta bukti kononnya BN mengguna cara kotor, tiada pula bukti dikemukakan… Apa yang mereka tahu, terus menerus menghasut rakyat negeri Perak untuk mempercayai yang mereka telah teraniaya.

Jika berfikir secara logik, jika BN mahu menggunakan cara kotor, takkan BN akan menggunakan cara itu di negeri Perak saja… Kenapa BN tak guna cara kotor itu disemua negeri milik pembangkang??

Apa pun, diharap pengundi-pengundi di negeri Perak tidak mudah terpedaya dengan janji-janji PH yang mahu menawan Perak pada PRU akan datang… Jika pengundi Perak terpedaya dengan janji PH, maka rakyat Perak akan merasai apa yang dilalui rakyat Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2