Kasut 'Back To The Future II' Di Dunia Realiti

Pada 2011 Nike Air Mag, kasut yang dipakai Marty McFly dalam Back to the Future II dikeluarkan namun kasut itu tidak dianggap sama seperti dalam filem, apabila tidak mempunyai tali yang boleh diikat sendiri (power laces).
Justeru Nike telah berjanji kasut dengan power laces akan hadir pada tahun 2015 dan mereka mengotakannya.

Kasut tersebut, Nike Air Mag kelihatan sama seperti yang dikeluarkan pada tahun 2011, tapi yang membezakannya ialah kuasa mekanisme yang secara automatik akan mengetatkan tali kasut apabila pemakai memasukkan kaki.

Melalui pengumuman Nike, kasut ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan unit pertama akan dijual melalui lelongan amal di mana hasilnya disumbangkan ke Michael J.Fox Foundation Parkinson Research.

Kemungkinan besar, kasut ini akan jadi versi pertama untuk inovasi “smart shoe”. Memang futuristik. – MYNEWSHUB.CC

ep2p-5small