Kantoi Bernafsu Songsang, Perbelanjaan Pelajar Melayu Di Sekat Ibu

Seorang pelajar Melayu yang kini mengalami ‘kesusahan’ sehingga terpaksa meminta dana dari orang awam, bagi menyambung pelajaran di dalam bidang psikologi di Unversiti Winnipeg, Kanada..

Pelajar ini yang dikenali sebagai Hazim Ismail, 20 terpaksa meminta dana dari orang awam kerana perbelanjaannya disekat oleh ibu beliau, selepas ibunya mengetahui yang anak lelakinya itu seorang homoseksual (gay) dan ateis..

Perkara tersebut diketahui oleh si ibu, selepas si ibu terlihat gambar anak lelakinya bersama rakan di sebuah bar yang khusus untuk golongan gay di bandar tersebut, pada hujung tahun lalu.. Dah jauh tersimpang dah mamat ini, umur pun masih muda.. Walaupun pandai tapi sayang nak ke arah ‘jalan gelap’ itu juga kan..  

Selepas perbelanjaan disekat oleh ibu beliau, Hazim membuka halaman GoFundMe pada November lalu untuk meraih simpati dan mengumpul dana bagi meneruskan pengajian dia pada tahun ini..

Menurut Hazim sendiri, dia mengalami gangguan personaliti.. Selepas disisih keluarga sendiri, Hazim hampir berputus asa untuk teruskan hidup.. Bagi menyelesaikan masalah perbelanjaannya, Hazim terpaksa meminta jasa baik orang ramai…

Hasil dari jasa baik orang ramai, Hazim berjaya memperoleh $5,365.. Hasil tersebut sudah lebih daripada sasaran yang  disasarkan, iaitu $5,000… Kempen GoFundMe yang di usahakan oleh Hazim turut mendapat sokongan daripada pihak pengurusan Universiti Winnipeg juga..

Walau apa-apa pun yang terjadi, Miss harap Hazim dapat kembali ke pangkal jalan.. Jadi lelaki yang sejati! Keluarga Hazim pun, Miss harapkan dapat membimbing dia kembali ke jalan yang benar, jangan biar dia jauh terpesong lagi.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small