KAFA Tv Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Hebat!… Itu ungkapan yang boleh digambarkan berhubung perkembangan terbaharu bola sepak Kelantan di bawah pimpinan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar hari ini menerusi laman Facebooknya mengumumkan The Red Warrior akan menjadi satu-satunya pasukan bola sepak dalam negara memiliki saluran televisyen sendiri dalam tempoh terdekat.

“InsyaAllah sebelum Liga Malaysia bermula 13 Februari ini, pasukan Kelantan akan muncul sebagai pasukan pertama yang akan melancarkan saluran televisyennya sendiri.

“Tunggu pengumuman rasmi pada minggu hadapan,” katanya dalam Facebook beliau. Annuar namun tidak menjelaskan sama ada ia saluran TV jenis internet web atau teresterial.

Ahli Parlimen Ketereh itu yang dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO baharu, merupakan orang yang bertanggungjawab membawa bola sepak Kelantan ke mercu kegemilangan.

Prestasi pasukan itu pada musim lalu bagaimanapun sedikit hambar, kerana dihimpit masalah kekurangan dana berikutan hilang banyak penajaan apabila ramai pemainnya disambar pasukan lain.

Skuad The Red Warrior mendapat suntikan baharu musim ini apabila syarikat kosmetik terkenal, Vida Beauty Sdn. Bhd. bersetuju untuk memberi tajaan kira-kira RM20 juga kepada pasukan itu. – mynewshub.cc

ep2p-5small