Juadah minum petang kami..

 juadah minum petang kami petang semalam… keladi goreng cicah sambal kicap jawa yang ohsemmm. pagi tu g tesco untuk beli barang dapo dan nampak pulak keladi ni murah compare dengan harga yang biasa… cuma 4.49/kg kalau tak silapnya… so amik la dua biji… ingatkan kecik jer sebiji tu, tapi bila dah potong, boleh buat dua kali juadah untuk kami bertiga beranak ni… kira sebiji tu sekilo dah le… ada sebiji lagi, nanti kalau rajin boleh buat kuih talam ke atau kuih bakar ker… tapi adekah kerajinan ku itu?

dengan happynya petang semalam buat goreng keladi ni, sambal kicap memang dah sedia sentiasa ada dalam simpanan… maklumlah jawakan… jawa dan sambal kicap berpisah tiada! sapa yang nak resepi sambal kicap tu boleh g kat sini ya… tapi kepedasan tu ikut la citarasa memasing ya.

ep2p-5small