Gumpalan Salji Terjatuh Dari Bumbung Masjid

TURKI – Gumpalan salji dilaporkan terjatuh dari atas bumbung sebuah masjid di wilayah Rize, Turki dan menyebabkan dua pejalan kaki cedera.

 

Menurut agensi berita Dogan melaporkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan wanita itu sedang melalui kawasan terbabit sebelum gumpalan salji terjatuh dan menimbus mereka.

 

Kamera litar tertutup merakamkan usaha orang ramai cuba mengeluarkan mangsa dari timbunan salji berkenaan.

 

Beberapa penduduk meluahkan rasa marah kerana kejadian seumpama itu berlaku saban tahun sekali gus menuntut pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga.

 

Sementara itu, kedua-dua wanita tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.



This entry was posted in Luar Negara, Terkini. Bookmark the permalink.