Gadis Dicabuli Warga Asing Di Dalam Bas Express

Pengangkutan awam yang tersedia di Malaysia ni banyak sangat, korang pilih je yang mana satu korang nak naik.. Tapi bila menaiki pengangkutan awam ini, biasa lah ada pengguna yang akan mengadu cerita yang kurang sedap didengar..

Aduan kerap diadukan oleh pengguna mengenai etika pemandu bas atau masalah pengguna lain yang sering menganggu.. Biasa kan korang dengar cerita macam ini, kan?? Ini ada satu cerita yang boleh buat korang rasa bengang je..

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna bas express iaitu Wan Mohamad Fadhli, mengenai kisahnya bertemu dengan seorang gadis yang menjadi mangsa cabul warga asing semasa di dalam bas.. Miss baca kisah yang diceritakan balik Wan ini pun rasa geram!

Kisahnya bermula semasa bas yang dinaiki Wan berhenti di perhentian rehat, dia ada ternampak seorang gadis ini sedang menangis-nangis seorang diri.. Mulanya itu Wan ini malas nak ambil tahu, tapi disebabkan rasa ingin tahu dia pergi juga tanya apa masalah gadis itu..

Gadis itu pun mulanya susah juga nak buka mulut, akhirnya dia cerita yang dia kena cabul dengan warga asing semasa dalam bas.. Dalam bas tu dia duduk ‘couple seat’, sebelah dia warga asing.. Tak sangka benda itu nak jadi..

Orang asing itu raba-raba dan cuba cabul gadis itu, bila ditanya kenapa tak jerit atau ambil tindakan apa-apa.. Rupanya warga asing tak guna itu ugut dia dengan pisau, pisau itu baik punya diletak di sebelah perut gadis itu..

Gadis itu terpaksa membiarkan dirinya dijamah oleh warga asing itu.. Tetapi malangnya, tak dapat nak ambil tindakan ke atas warga asing itu kerana dia berjaya melepaskan diri, apabila warga asing tu dah turun di perhentian itu.. Kurang ajar betul warga asing ini!

Bahaya! Bahaya! Miss nak ingatkan bagi korang yang selalu menggunakan perkhidmatan awam macam ini, sila berhati-hati dengan orang yang duduk di sebelah korang ye terutamanya wanita.. Jangan biar diri korang dicabuli.. Ingat pesan Miss ni.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2