Fynn Jamal Penganut Syiah??

Semenjak dua menjak ini,  nama penyanyi Fynn Jamal sering kali terpalit dengan kontroversi panas.. Sebelum ini, ada pihak memaklumkan Fynn telah meniru produk jualan peniaga lain iaitu ‘Ibu Sambal’.. Terkini, dia dituduh sebagai salah seorang pengikut Syiah pula..

Sebab dia dianggap salah seorang pengikut Syiah, kerana selalu tampil dengan memakai jubah berwarna hitam.. Pengikut Syiah memang suka memakai baju atau jubah hitam ke? Miss A tak tahu pula..

Tuduhan itu mula kecoh diperkatakan bila ada seorang individu meninggalkan komen di laman Instagram milik Fynn.. Perkara itu sama sekali dinafikan olehnya, dan menganggap satu tuduhan yang sangat mengarut..

Sebagai seorang wanita Islam, Fynn sama sekali tidak akan mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak.. Dia masih lagi tahu baik buruk dalam melakukan perkara yang dilarang.. Fynn dan suami memang suka mengayakan baju atau jubah hitam sebab warna itu sesuai untuk pergi kemana-mana..

Bukan hanya orang luar yang muak melihat Fynn memakai baju warna hitam.. Ibu dan ayah Fynn sendiri bising kalau melihatnya anaknya itu memakai baju warna hitam, macam dah tak ada warna lain untuk dipakai..

Sudah semakin melampau tuduhan  ‘Haters’ terhadap Fynn, ramai sungguh orang tak suka melihat penyanyi ini hidup bahagia.. Jangan main tuduh saja individu itu pengikut syiah atau tidak, kerana perkara ini melibatkan agama.. -Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2