Fizo Omar Tak Boleh Terima Kritikan Pelanggan?

Pelakon Fizo Omar telah melebarkan sayapnya dengan melibatkan diri dalam industri perniagaan.. Tahun lepas Fizo telah pun merasmikan restoran barunya yang diberi nama FizoMawar Kitchen..

Baru saja beberapa minggu dibuka, Miss A dengar restoran tu sudah mula menerima kritikan dari pelanggan iaitu seorang blogger.. Blogger tersebut yang dikenali sebagai Siti Aminah di laman blog ‘Kisah Emas Putih’..

Tahap perkhidmatan kakitangan restoran itu agak ‘slow’.. Pekerja Fizo lambat kemas meja yang kotor, dah tu menu pun lambat sampai.. Bila sampai aje menu, semua nama menu yang ditulis buatkan orang pening dengannya, kerana nama menu restoran baru Fizo itu mempunyai nama yang pelik..

Haa.. korang tahu minuman nama ‘Cha Yen’? Boleh kalau nak buat kelainan dari restoren lain.. Tapi, perlu disertakan sekali kot apa nama yang mudah difahami oleh netizen.. ‘Cha Chak’ dan ‘Cha Chak Kiau’, binatang apa tu?hahaha..

Bila dah restoran mendapat kritikan daripada blogger terbabit, ada pihak mendakwa Fizo seperti tak dapat menerima teguran dari blogger itu.. Malah Fizo mendakwa kritikan blogger itu dibuat bukan dengan cara yang betul.. Kalau nak kritik buat aduan secara e-mel atau hantar mesej  peribadi.. Pulak dah!

Menurut Fizo, sejak restorannya baru dibuka, restoran itu telah menerima kehadiran pelanggan yang amat ramai. Sebab itu perkhidmatan kakitangannya agak ‘slow’.. Malah, Fizo agak terkilan dengan blogger Siti Aminah kerana membuat kritikan seperti itu..

Secara jujurnya, Miss A rasa Fizo tak perlu la nak terkilan dengan blogger Siti Aminah.. Banyak lagi restoran yang menerima kritikan secara terbuka menerusi laman sosial.. Kita sebagai tokey kedai ambil kritikan pelanggan dan usaha buatkan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2